6/1/2023, 4:18:37 AM

JUAL RUMAH TAPI TAK LAKU? CUBA PERHATIKAN SEBAB INI!

Siapa kata jual rumah itu mudah? Selain dari pembeli yang kena tahu mengenai pembelian rumah, macam itu jugalah penjual rumah kena ambil tahu tentang jualan rumah ini. Jadi anda sebagai penjual, anda kena hadam tentang PUNCA kenapa rumah yang anda jual TAK LAKU? Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan SEBAB mengapa ini terjadi. Sila hadam betul-betul ya.

PUNCA KENAPA RUMAH YANG DIJUAL TAK LAKU

  1. Jual rumah harga melambung tinggi dari harga pasaran

Ish ish ish… Nak jual rumah sebab nak dapatkan pulangan duit memang bagus. Tapi yang tak bagusnya adalah jika anda sebagai seorang penjual tak kaji harga pasaran dan cuba meletakkan harga yang terlampau tinggi untuk si pembeli. Cuba letakkan diri anda sebagai seorang pembeli, anda mesti akan kaji harga pasaran rumah yang anda impikan itu dengan harga rumah lain disekitarnya betul tak?

Tapi, kalau anda rasa tiada masa dan terlalu sibuk untuk mengkaji harga pasaran rumah anda, anda boleh saja menggunakan perkhidmatan ejen hartanah kerana mereka inilah yang akan membantu anda dari proses A hingga Z. Mereka akan membantu anda dan juga pembeli dalam segala urusan jual beli rumah tersebut. Untuk harga pasaran pula, biarkanlah ejen uruskan dan terangkan kepada anda mengapa harga sebegitu yang patut diletakkan untuk rumah anda. Dengarlah nasihat ejen hartanah anda!

  1. Tak semak persaingan yang ada

Antara salah satu punca lain rumah tak laku adalah sebab anda tidak perhatikan harga pasaran sedia ada di rumah anda. Contoh, ada rumah lain yang sama rekaannya , saiz sqft dengan rumah anda, dan anda pun letak harga yang sama sepertinya atau anda letakkan harga yang lagi tinggi.

Sebagai penjual, anda kena tahu apa keunikan rumah anda dan mungkin boleh letakkan harga yang jauh lebih rendah dari harga rumah lain. Jadi, ini akan menarik minat pembeli untuk viewing rumah anda dan seterusnya membeli rumah anda.

  1. Gambar rumah yang tak menarik

Biasanya benda pertama pembeli lihat untuk beli sesebuah rumah adalah gambar rumah tersebut. Perkara ini sangatlah penting untuk “first impression” pembeli datang viewing & sekaligus membeli rumah anda.

Elakkan perkara di bawah kalau anda nak letakkan gambar anda di ruangan portal :

  • Nampak bersepah
  • Nampak gelap
  • Atau tak tunjuk keadaan sebenar rumah

Pastikan semua ruang dalam rumah anda kemas, cantik dan bersih serta buka semua lampu agar lebih jelas sebelum ditangkap gambar. Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang ini, anda boleh tanya Ejen Hartanah anda dan biasanya rumah akan cepat terjual jika keadaannya cantik dan lapang.Kalau dah berbulan-bulan rumah tak laku, cuba ganti gambar dalam iklan dengan gambar yang lebih baik. Ambil gambar guna teknik fotografi yang disarankan oleh ejen hartanah anda.

  1. Salah tempat iklan

Ha, kalau kita sebut tentang salah tempat iklan, biasanya mesti anda terfikir bukan ke boleh iklan dekat facebook , Instagram macam itu saja? Kan dah zaman sosial media sekarang ini?

Ya betul tuan Puan. Tapi, anda tahu tak yang sebenarnya kita ada pelbagai platform khas untuk jual hartanah? Contohnya macam Mudah.my, Propertyguru, Edge Prop, Iproperty dan banyak lagi. Jadi, kebiasaannya platform jualan hartanah atas talian sebegini memerlukan kepada bayaran dan orang yang pakar menggunakan platform iklan ini adalah ejen hartanah.

Apabila anda salah tempat iklan, maka salahlah sasaran audiens anda. Apa yang jadi adalah anda takkan jumpa pembeli rumah and aitu. Jadi, apa yang anda boleh lakukan sebagai seorang penjual yang bijak adalah dengan meminta bantuan daripada ejen hartanah berdekatan dengan anda. Jangan risau anda tak perlu bayar pun bayaran pengiklanan portal mereka. Cuma anda perlu serahkan kepada mereka gambar rumah, dan details yang diperlukan. Mudah bukan?

  1. Tak nak gunakan perkhidmatan EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Bukan mudah nak belajar tentang proses jual rumah dan beli rumah. Jadi, urusan complicated seperti ini memerlukan kepada seorang yang EXPERT dan tahu segala segi tentang isu hartanah. Untuk pengetahuan anda, REN atau disebut sebagai perunding hartanah adalah satu pekerjaan professional di mana mereka akan bantu anda dari segi uruskan penjualan rumah, cari pembeli , iklankan rumah anda dan sebagainya.

Ada juga penjual rumah yang menganggap bahawa mahal menggunakan perkhidmatan ejen hartanah, tetapi sebenarnya hanya 1%-3% fees kebiasaannya yang dikenakan oleh agensi jualan hartanah daripada harga jualan rumah tersebut. Untuk cara yang lebih bijak, anda boleh sahaja menggunakan duit buyer yang diletakkan sebagai “earnest booking deposit” rumah anda sebagai cas pengurusan kepada ejen hartanah anda. Jadi, anda tak perlu lagi keluarkan duit dari poket anda untuk urusan pembayaran fis tadi. Jangan risau, untuk urusan cas fees tadi anda boleh saja berunding dengan ejen hartanah anda. Pastikan anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, & Ejen Harta Tanah (BOVEAP).

Kesimpulannya anda dah tahu kan kenapa rumah yang anda jual tak laku-laku? Cuba anda semak perkara-perkara di atas dan perbaiki semua. Bagi memudahkan urusan anda dan klien, kami menyarankan anda untuk menggunakan perkhidmatan ejen hartanah berdaftar kami di Oriental Real Estate. Berbekalkan pengalaman kami selama 33 tahun dalam bidang ini, kami pasti dapat menyelesaikan masalah anda dan klien anda. Hubungi kami di 018-2820000 untuk maklumat lanjut.