6/1/2023, 4:15:38 AM
Rumah secara asasnya adalah tempat tinggal, iaitu tempat kita berlindung daripada cuaca panas, hujan, angin, kesejukan dan pencerobohan. Tetapi adakah anda sedar bahawa sebuah rumah yang kita miliki mampu membantu kita untuk menjana duit? Ada banyak cara bagaimana rumah boleh menjadi salah satu punca kita menjana duit kita iaitu adalah dengan kaedah REFINANCE.
Tapi, apa itu REFINANCE? Refinance rumah adalah menukarkan pinjaman perumahan yang sedia ada dengan pinjaman yang baru. Kebiasaanyya ada 3 faedah mengapa ramai owner rumah di luar sana buat REFINANCE untuk rumah mereka. Anda mesti nak tahu, kenapa kan? Baca artikel ini sampai habis.
1. Boleh dapat CASHBACK dari kenaikan nilai hartanah
Bagaimana pula dapat CASHBACK dari refinance? Perkara ini merujuk kepada penukaran kenaikan nilai hartanah anda pada waktu itu selepas beberapa tahun. Amaun tunai yang anda akan dapat adalah beza antara baki pinjaman yang anda masih perlu bayar dan harga pasaran hartanah anda.
Sebagai contoh, jika baki pembiayaan housing loan anda yang belum dibayar adalah RM450,000 dan market value rumah anda ketika itu adalah RM550,000. Anda boleh buat gadai janji semula untuk pembiayaan 90% daripada harga rumah tersebut dan dapat pembiayaan sebanyak RM495,000 daripada pihak bank. Anda boleh gunakan RM450,000 untuk bayar hutang lama dan baki RM45,000 untuk ada simpan atau buat renovasi rumah dan sebagainya.
Wang berjumlah RM45,000 tersebut anda boleh guna untuk bayar hutang lain, biaya pendidikan anak anda atau jadikan sebagai simpanan masa hadapan. Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai orang buat REFINANCE untuk rumah mereka sendiri.
2. Untuk dapat manfaat kadar faedah lebih RENDAH dan KURANGKAN amaun ansuran bulanan berikutnya
Kadar faedah house loan ditentukan oleh Base Rate (Kadar Asas) oleh setiap bank, dan dipengaruhi oleh OPR (Overnight Policy Rate). OPR ini adalah satu polisi yang ditetapkan oleh pihak bank untuk tentukan kos peminjaman wang. Secara asasnya, jika nilai OPR lebih rendah, maka ianya adalah lebih baik untuk buat pembiayaan sEmula. Apabila nilai OPR turun, pihak bank akan beri penjimatan dalam bentuk Base Rate yang lebih rendah. Jadi, pembeli hartanah boleh ambil pinjaman perumahan baru dan nikmati ansuran bulanan yang lebih rendah.
Pada 20 Januari 2021, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka masih mengekalkan nilai OPR pada kadar 1.75% semenjak diumumkan pada 7 Julai 2020 disebabkan wabak Covid-19. Nilai OPR semasa berada pada tahap 1.75% dan merupakan yang paling rendah sejak tahun 2004. Semua bank utama di Malaysia termasuk Maybank, Public Bank dan CIMB telah mengurangkan kadar pemberian pinjaman efektif sejajar dengan nilai OPR yang ditetapkan.
3. Untuk pendekkan tempoh pinjaman
Sebenarnya jika anda dapat memendekkan tempoh pinjaman anda dengan pihak bank, anda akan nampak penjimatan berganda. Contohnya, anda mendapat pinjaman perumahan 90% sebanyak RM450,000 untuk rumah anda yang bernilai RM500,000 DENGAN KADAR FAEDAH 4.5%. Anda sebenarnya boleh mengira jumlah ansuran bulanan dengan amaun untuk tempoh pinjaman berlainan.
Tempoh Pinjaman | 30 Tahun | 25 Tahun | 20 Tahun |
Ansuran Bulanan (RM) | RM2,280.08 | RM2,501.25 | RM2,846.92 |
Jumlah Faedah yang anda perlu bayar (RM) | RM370,828.8 | RM300,375 | RM233,260.8 |
Penjimatan yang anda dapat RM) | – | RM70,453.80 | RM137,568 |
Untuk dapatkan kiraan jumlah faedah yang anda perlu bayar., anda boleh gunakan formula di bawah:
*Jumlah faedah yang perlu dibayar = RM450,000 – (ansuran bulanan X 12 bulan X bilangan tahun)
Kesimpulannya, terdapat beberapa kelbihan yang kita boleh perolehi daripada membuat refinance rumah. Sama ada anda mahu untuk dapatkan CASH BACK untuk memenuhi keperluan anda, atau anda mahu menikmati kadar faedah yang lebih rendah atau anda mahu untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan anda dengan pihak bank? Semua itu adalah plihan anda! Sebagai klien, buatlah pilihan yang tepat dan pelajari bagaimana untuk buat REFINANCE dan syarat yang diperlukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda boleh hubungi perkhidmatan EJEN HARTANAH BERDAFTAR kami di ORIENTAL REAL ESTATE SDN BHD,018-2820000, rakan hartanah 33 tahun anda di seluruh Malaysia untuk membantu anda sama ada dari segi konsultansi kewangan, jualan dan pembelian hartanah pertama anda.